Produk-produk Bongawan Soap
Pencuci Piring Tanpa Perfume Bongawan Soap 1 Liter
Tanpa pewangi yang berbahaya, selamat untuk digunakan oleh seisi keluarga.
Pencuci Piring Tanpa Perfume Bongawan Soap 4.2 Liter
Tanpa pewangi yang berbahaya, selamat untuk digunakan oleh seisi keluarga. Kini dalam pek yang lebih besar, lebih menjimatkan!
Cecair Peluntur Bongawan Soap 4.2 Liter
Pakaian yang bersih dan lebih putih dengan menggunakan cecair Peluntur Bongawan sopa, dalam pek yang lebih besar, dan lebih menjimatkan!
Diskaun “Early Bird”
Dapatkan produk-produk istimewa Bongawan Soap sekarang dan nikmati diskaun “early bird” untuk yang membeli secara terus dari kami.
Postingan Terbaru Dari Blog Bongawan Soap
Pekan Lama Bongawan: Dari kedai papan lama, untuk generasi masa kini.
Artikel rujukan: sejarah, demografi, ekonomi, budaya, makanan, tarikan pelancongan, dan potensi perniagaan. Pengenalan Bongawan — sebuah pekan kecil di Daerah Papar, pantai barat Sabah — terkenal kerana barisan kedai papan pra-Perang Dunia II dan hubungan rapatnya...
Produk-produk Bongawan Soap
Pencuci Piring tanpa pewangi 1L Pencuci Piring tanpa pewangi 4.2L Peluntur (Bleach) 4.2L Ini adalah rangkaian produk-produk yang baru saja kami lancarkan dengan menggunakan jenama Bongawan Soap. Anda boleh mendapatkannya dengan melakukan pembelian direct dari kami...
Hello world!
Assalamualaikum dan sejahtera. Post ini merupakan tarikh website ini dibangunkan dan hanya bertujuan untuk arkib dan rekod.
Tentang Kami
Menjaga Warisan yang Hilang, Mengangkat Kualiti Kebersihan
Fakta tentang Bongawan: Pekan Kecil, Jiwa Besar.
Di pesisir pantai barat Sabah, terletak Bongawan, sebuah pekan kecil yang sejak dahulu menjadi nadi pertemuan pelbagai bangsa dan generasi. Pekan ini pernah terkenal dengan deretan kedai papan lama yang berusia hampir ratusan tahunnya – yang menjadi mercu tanda ekonomi tempatan dan tempat lahir pelbagai cita rasa: daripada “kopi sejuk” atau “lang kopi”, kuih cakoi, sayap bakar hinggalah jenama lagenda seperti Boni Joyo.
Tidak jauh dari pusat pekan, Pantai Kenangan melengkapkan pesona Bongawan – pantai yang bersih, matahari terbenam berwarna jingga, dan muara yang menjadi laluan utama para nelayan yang rajin dan kawan-kawan pebagangku yang sentiasa kuat berjuang.
Namun, pada 10 Jun 2025, satu kebakaran besar memusnahkan deretan kedai papan warisan – simbol perpaduan yang telah bertahan berdekad lamanya. Dalam sekelip mata, hilanglah sebahagian sejarah yang pernah menjadi kebanggaan seluruh komuniti.
Lahirnya Bongawan Soap
Daripada abu dan memori itu, lahirlah Bongawan Soap – bukan sekadar jenama sabun, tetapi tanda ketabahan dan penghormatan kepada warisan yang hilang. Nama Bongawan dipilih untuk mengabadikan semangat komuniti: bersatu, tabah dan bangga dengan akar sendiri, walau diuji bencana.
Misi Kami
Kami berdedikasi menghasilkan sabun dan pembersih berkualiti tinggi yang memenuhi piawaian industri sambil mengekalkan jiwa dan identiti tempatan. Setiap produk direka untuk kegunaan harian – daripada rumah hingga ke perniagaan – agar kebersihan premium dapat dinikmati semua.
Visi Kami
Menjadikan Bongawan Soap sebahagian daripada kehidupan seharian – sinonim dengan kebersihan, kualiti dan kebanggaan tempatan.
Keistimewaan Produk Kami
Rangkaian lengkap: Sabun piring tanpa pewangi (sesuai untuk keluarga & restoran), sabun kereta yang dipercayai pusat cuci kereta, multi-purpose bleach & degreaser pilihan hotel dan restoran, hingga sabun dobi dan sabun badan untuk seisi keluarga.
Pengalaman OEM berdekad: Produk diformulasi di kilang berpengalaman yang lama menjadi pembekal utama hospital, kedai dobi dan syarikat pembersihan di Sabah.
Kualiti industri, sentuhan tempatan: Pembersih berprestasi tinggi yang tetap mesra alam dan sesuai untuk semua.
Dari Bongawan ke Seluruh Sabah
Perjalanan ini bermula dengan datuk dan nenek yang berniaga di pekan Bongawan, kemudian diteruskan oleh generasi seterusnya dan berkembang ke pelbagai bidang.
Hari ini, kami meneruskan legasi itu untuk membawa nama Bongawan ke setiap rumah, kedai dan hotel – agar kisah ketabahan dan kebersihan premium terus hidup dalam setiap titisan sabun kami.
Bongawan Soap – Dari Pekan Lama, Untuk Generasi Kini.
Boleh hubungi kami melalui borang dibawah atau terus melalui email dan nombor telefon kami.
Hubungi Kami
Alamat: Pekan Lama Bongawan, Papar, Sabah.
No. Telefon: +6010-902 8300 atau WhatsApp Klik Sini
Email: info@bongawansoap.com